Sign In
Mobirise Website Builder

NORTHERN TERRITORY UNGGULI 14 PINGAT EMAS RENANG

08/12/2018

912-5.jpgTIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab ketika menyampaikan hadiah pingat gangsa kepada Nur Haziq Samil dari Brunei Darussalam A

912-6.jpg
GAMBAR ramai bersama pemenang Kategori Gaya Bebas 100m bagi Perenang Perempuan 21 tahun kebawah.


912-7.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Disember.- Perenang Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Nur Haziq Samil dari Brunei Darussalam A mendapat pingat gangsa bagi acara Akuatik pada Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018 dalam Kategori Gaya Bebas 100m bagi perenang lelaki dengan catatan masa 58.21 saat.
 
Sementara itu, pingat emas berjaya diraih oleh Martin Krantz dari Northern Territory, Australia dengan catatan masa 56.41 saat dan Ka Yong Chong dari Negeri Sabah, Malaysia memperoleh pingat perak dengan catatan masa 56.77 saat.
 
Dalam kategori yang sama bagi perenang perempuan, Lauren McSkimming dari Northern Territory, Australia berjaya merebut pingat emas dengan catatan masa 1:00.14 saat, pingat perak disandang oleh Wan Mei Leong dari Negeri Sarawak, Malaysia dengan catatan masa 1:01.54 saat dan pingat gangsa oleh Isabella Tinning dari Northern Territory, Australia dengan catatan masa 1:03.56 saat.
 
Hadir menyampaikan pingat-pingat kepada para pemenang pada hari kedua perlawanan yang berlangsung di Kolam Renang Kebangsaan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.
 
Bagi Kategori Kuak Kupu-Kupu 200m bagi perenang lelaki, pingat emas diraih oleh Eirron Seth Vibar dari Mindanao, Republik Filipina, pingat perak disandang oleh Andi Eko Saputra dari Sulawesi Selatan, Republik Indonesia dan pingat gangsa oleh Flynn White dari Northern Territory, Australia.
 
Sementara kategori yang sama bagi perenang perempuan, Lauren McSkimming dari Northern Territory, Australia berjaya merebut pingat emas diikuti pingat perak oleh Liaa Margarette Amoguis dari Mindanao, Republik Filipina dan pingat gangsa oleh Juliana Villanueva dari Mindanao, Republik Filipina.
 
Fritz Jun Rodriguez dari Mindanao, Republik Filipina berjaya meraih pingat emas bagi Kategori Kuak Dada 100m bagi perenang lelaki, pingat perak disandang oleh Darren Ngui Moh Gin dari Negeri Sarawak, Malaysia dan pingat gangsa oleh Edward Alfaro III dari Mindanao, Republik Filipina.
 
Bagi perenang perempuan pula, pingat emas diraih oleh Lovell Wong Hsiao Thang dari Negeri Sabah, Malaysia diikuti pingat perak oleh Tamsyn Walo dari Northern Territory, Australia manakala pingat gangsa oleh Kristen Chong Siew Yet dari Negeri Sarawak, Malaysia.
 
Manakala memenangi pingat emas bagi Kategori Kuak Lentang 200m bagi perenang lelaki dan perempuan masing-masing diraih oleh Ben Ramplin dari Northern Territory, Australia dan Lora Micah Amoguis dari Mindanao, Republik Filipina.
 
Pingat perak masing-masing oleh Hamish Bjornskov McDonald dari Northern Territory, Australia dan Janetty John Fabian dari Negeri Sabah, Malaysia manakala pingat gangsa masing-masing dimenangi oleh perenang dari dari Sulawesi Selatan, Republik Indonesia iaitu Muh Nauval Saputra Rivai dan Wanda Agustina.
 
Dalam Kategori Kuak Kupu-Kupu 50m perenang lelaki, pingat emas diraih oleh Fritz Jun Rodriguez dari Mindanao, Republik Filipina, pingat perak oleh Martin Krantz dari Northern Territory, Australia dan pingat gangsa oleh Arhadin Prome dari Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Bagi perenang perempuan dalam kategori yang sama, Wei Len Lee dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya meraih pingat emas, sementara pingat perak disandang oleh Jenti White dari Northern Territory, Australia dan pingat gangsa oleh Maiki Samantha Gonzaga dari Mindanao, Republik Filipina.
 
Muh Nauval Saputra Rivai dari Sulawesi Selatan, Republik Indonesia dan Rosanna Materazzo dari Northern Territory, Australia masing-masing berjaya meraih pingat emas dalam Kategori IM 200m bagi perenang lelaki dan perempuan, diikuti pingat perak disandang oleh Joshua Raphael Del Rio dan Lora Micah Amoguis yang mana kedua-dua dari Mindanao, Republik Filipina manakala pingat gangsa oleh Eric Bong Cheng Liang dari Negeri Sabah, Malaysia dan Juliana Villanueva dari Mindanao, Republik Filipina.
 
Pingat emas dalam Kategori Medley Relay 200m perenang lelaki diraih oleh perenang dari Mindanao, Republik Filipina diikuti pingat perak disandang oleh perenang dari Northern Territory, Australia dan pingat gangsa oleh perenang dari Sulawesi Selatan, Republik Indonesia.
 
Dalam kategori yang sama bagi perenang perempuan, pingat emas diraih oleh perenang dari Negeri Sabah, Malaysia, diikuti pingat perak disandang oleh perenang dari Northern Territory, Australia dan pingat gangsa oleh perenang dari Negeri Sarawak, Malaysia.
 

Perenang dari Northern Territory, Australia masing-masing berjaya meraih pingat emas dalam Kategori Gaya Bebas Relay 400m bagi perenang lelaki dan perempuan, diikuti pingat perak disandang oleh perenang dari Sulawesi Selatan, Republik Indonesia dan perenang dari Negeri Sabah, Malaysia manakala pingat gangsa oleh perenang dari Mindanao, Republik Filipina dan perenang dari Negeri Sarawak, Malaysia.
 
Dari perlawanan tersebut, Northern Territory, Australia berjaya mengumpulkan 14 pingat emas, 10 pingat perak dan enam pingat gangsa; Mindanao, Republik Filipina berjaya mengumpulkan lapan pingat emas, sembilan pingat perak dan tujuh pingat gangsa; Negeri Sabah, Malaysia berjaya mengumpul enam pingat emas, tujuh pingat perak dan empat pingat gangsa; Negeri Sarawak, Malaysia berjaya mengumpul dua pingat emas, tiga pingat perak dan enam pingat gangsa; Sulawesi Selatan, Republik Indonesia berjaya mengumpul dua pingat emas, dua pingat perak dan enam pingat gangsa; Wilayah Persekutuan Labuan mengumpul satu pingat emas dan satu pingat gangsa dan Brunei Darussalam A memperoleh dua pingat gangsa.





Sumber : Pelita Brunei Online

Attachments