Sign In
Mobirise Website Builder

PESILAT NEGARA RAIH PINGAT EMAS

08/12/2018

912-11.jpgMENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin mengalungkan pingat emas kepada johan acara Solo Kreatif Lelaki dari Brunei Darussalam

912-12.jpgPEMANGKU Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan menyampaikan pingat emas kepada Anisah Najihah binti Abdullah dari Brunei Darussalam 'A', pingat perak kepada Yuniar Oktaviani dari Sulawesi Selatan 912-13.jpgAKSI Md Mahadir @ Danish Naqiuddin bin Mahmud dari Brunei Darussalam 'B' dalam acara Tunggal Lelaki memperolehi pingat emas

912-14.jpgPESILAT dari pasukan Brunei Darussalam 'B' Md. Mahadir @ Danish Naqiuddin bin Mahmud dalam acara Tunggal Lelaki memperolehi Pingat Emas912-15.jpgAKSI pasukan Brunei Darussalam 'A' dalam acara Regu Wanita yang memperolehi pingat emas


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Disember. - Lagu Kebangsaan Allah Peliharakan Sultan berkumandang di Dewan Riadah, Pusat Belia di ibu negara bagi meraikan pesilat negara yang berjaya mengharumkan nama negara dalam acara Pencak Silat pada Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10.

 

Gabungan kontinjen Negara Brunei Darussalam 'A' dan 'B' berjaya mengutip sebanyak lima pingat emas, dua perak dan tiga gangsa keseluruhan dalam lapan acara yang dipertandingkan dalam sukan Pencak Silat.

 

Peringkat akhir Kategori Solo Kreatif Lelaki menyaksikan Awang Alif bin Yahya @ Johari dari Kontinjen Brunei Darussalam 'B' meraih pingat emas, diikuti rakan dari Kontinjen Brunei Darussalam 'A', Md. Mahadir @ Danish Naqiuddin bin Mahmud yang meraih pingat perak. Manakala Awgku Mohd. Tarmizal bin Ag Tamin dari Sabah pula mendapat pingat gangsa.

 

Pingat-pingat disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Sementara itu, Dayang Anisah Najihah binti Abdullah dari Kontinjen Brunei Darussalam 'A' meraih pingat emas dalam acara Tunggal Wanita, mengatasi Yuniar Oktaviani dari Sulawesi Selatan, Indonesia dan Dayang Nurimah binti Awang Ramlee dari Sarawak, masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

 

 Selain itu, bagi acara Solo Kreatif Wanita, Nur Amal Liyana binti Abdul Rahman dari Brunei Darussalam 'B' berjaya mengatasi Ros Amirah binti Mohd. Alimin dari Sabah bagi memungut pingat emas, manakala Qistina Athirah binti Zainal dari Brunei Darussalam 'A' pula meraih pingat gangsa.

 

 Acara Tunggal Lelaki pula menyaksikan Md. Mahadir @ Danish Naqiuddin bin Mahmud dari Brunei Darussalam 'A' memperolehi pingat emas, mengalahkan Muhammad Iqbal Ansyary dari Sulawesi Selatan dan Mohammad Shafiee bin Musa dari Sarawak.

 

Acara terakhir yang dipertandingkan iaitu Regu Wanita sekali lagi menyaksikan pasukan Brunei Darussalam 'A' menguasai arena dengan mengutip pingat emas, sekaligus mengatasi pasukan Sulawesi Selatan dan Brunei Darussalam 'B' yang masing-masing mengutip perak dan gangsa.

 

Pingat-pingat tersebut disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.


Sumber: Pelita Brunei Online


Attachments