Sign In
Mobirise Website Builder

KUARTET 4 x 400 METER NBD 'A' RANGKKUL PINGAT GANGSA

08/12/2018

912-16.jpgSETIAUSAHA Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Mohammad Amir Hairil bin Haji Mahmud ketika menyampaikan pingat emas 200 meter wanita kepada Sabah

912-17.jpgSETIAUSAHA Agung Persekutuan Olahraga Brunei, Dayang Siti Adia binti Tawang ketika menyampaikan pingat gangsa kepada wakil Brunei Darussalam 'A' di acara '4 x 400 meter Berganti Lelaki'

912-18.jpgATLET negara (jersi hitam) merebut peluang di saat akhir.

BERAKAS, Sabtu, 8 Disember.- Kuartet 4 x 400 meter lelaki Negara Brunei Darussalam (NBD) 'A' berjaya meraih pingat gangsa pada  Sukan Persahabatan Kawasan Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina-Northern Territory (BIMPNT-EAGA) Ke-10, 2018, yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 

Pada acara tersebut, kuartet NBD 'A' yang diwakili oleh Mohd. Shahrol Fikri bin Md. Salleh, Sld (U) Md. Ammar Safwan bin Haji Zaidin, Abdul Aqil bin Abd. Kadir dan Azman Anak Kiai berjaya mencatat masa 3:34.26 saat.

 

Sementara itu, pingat emas diraih oleh kuartet dari Sabah dengan catatan 3:29.11 saat manakala pingat perak dimenangi oleh kuartet dari Sulawesi Selatan dengan catatan masa 3:30.38 saat.

 

Manakala dalam acara 4 x 400 meter perempuan pula, pingat emas diraih oleh Sabah setelah berjaya mencatat masa 4:06.81 saat, diikuti dengan Sulawesi Selatan meraih pingat perak, dengan mencatat masa 4:11.21 saat manakala Mindanao memenangi pingat gangsa, dengan catatan masa 4:18.77 saat.

 

Penyampaian pingat-pingat tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam, Dayang Siti Adia binti Tawang.

 

Bagi acara 200 meter lelaki dan perempuan akhir pula, atlet-atlet olahraga dari Sabah, Riksi Tahir, Jad Rizalman Washif, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas dan Puteri Nur Safirah Gajali masing-masing meraih pingat emas dan perak manakala Sulawesi Selatan pula memenangi pingat Gangsa melalui Dedy Kurniawan dan Sri Wahyuni Makkulau. Penyampaian pingat bagi acara tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud.

 

Terdahulu pada sesi sebelah petang pula, beberapa acara akhir turut dilangsungkan iaitu Lompat Jauh perempuan, Lontar Peluru lelaki, Larian 800 meter perempuan dan 800 meter lelaki.

 

Dalam acara lompat jauh perempuan akhir, atlet olahraga Sarawak, Ruby Lee Jia Lu berjaya meraih pingat emas manakala pingat perak dimenangi oleh Nur Afdhaliah dari Sulawesi Selatan dan gangsa dimenangi oleh Evangeline R. Caminong dari Palawan.

 

Bagi acara Lontar Peluru lelaki akhir, pingat emas dan perak masing-masing disandang oleh atlet Sarawak iaitu Kee Jeep Wen dan Sim Quan Ying manakala pingat gangsa dimenangi oleh Jeffry Chan Wen Jie.

 

Sementara itu, atlet Sabah, Marlin Hin Willian berjaya meraih pingat emas dalam acara larian 800 meter perempuan, diikuti oleh Dwi Dara Ningrum Wahid dari Sulawesi Selatan dengan pingat perak dan pingat gangsa dimenangi oleh Andrea Annabela N. De Gula dari Mindanao.

 

Bagi acara larian 800 meter lelaki pula, Jhon llyod H. Cabalo, atlet dari Palawan meraih pingat emas, pingat perak dimenangi oleh Syamsuddin Massa dari Sulawesi Selatan dan Jhondee Vinson dari Palawan meraih pingat gangsa.

 

Penyampaian pingat-pingat bagi acara-acara disebelah petang tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad.


Sumber : Pelita Brunei Online


Attachments